Healthy Active Lifestyle Starts Today!

Bagaimana untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif

NUTRISI YANG TEPAT: ITULAH HASIL YANG TEPAT BAGI ANDA

Mengambil makanan yang berkhasiat merupakan komponen penting gaya hidup yang sihat dan aktif. Jenis makanan yang kita ambil menyediakan kita dengan semua tenaga yang kita perlukan untuk hidup.

Diet yang berkhasiat seharusnya mengandungi protein berkualiti tinggi yang mencukupi, lemak dan minyak yang sihat dan karbohidrat yang tepat dari buah-buahan dan sayur-sayuran, yang mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan.

KEKAL AKTIF

Tidak kira berat badan awal, bentuk badan atau tahap kecergasan, terdapat aktiviti fizikal yang sesuai bagi anda yang akan membantu anda ke arah menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Berikut adalah empat 4 tonggak gaya hidup yang sihat dan aktif yang anda boleh kekalkan untuk memastikan anda kekal cergas dan sihat dalam kehidupan harian anda.

Mudah

Sekiranya anda buat masa sekarang tidak aktif secara fizikal, mulakan dengan membuat perubahan kecil kepada kehidupan harian anda dan memperkenalkan aktiviti fizikal yang mudah, intensiti rendah dalam kehidupan harian anda. Anda boleh berjalan dan menunggang basikal dan mengelakkan daripada dengan memandu kereta atau anda boleh menggunakan pengangkutan awam, menggunakan basikal pegun atau treadmil sambil menonton televisyen, atau mengambil kelas yoga atau tarian.

Pantas

Sebaik sahaja anda selesa dengan aktiviti fizikal yang mudah, cabarlah diri anda untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular anda dan tingkatkan ia dengan senaman intensiti tinggi seperti berlatih untuk larian 5K atau 10K, berenang atau mengambil kelas tomoi (kickboxing).

Kuat

Di samping mengekalkan kecergasan kardiovaskular anda, ada banyak aktiviti yang akan memfokus kepada menguatkan otot-otot anda. Sertailah suka intensiti tinggi seperti bola keranjang, bola sepak, tenis, atau cuba berlatih untuk maraton penuh!

Berkuasa

Jangan berhenti memperbaiki diri sendiri. Cabarlah diri anda untuk melakukannya dengan lebih baik berkali-kali.